Wednesday, 3 January 2018

author photo
Jenis-Jenis Kambing Dalam Penternakan Di Malaysia. Nak memulakan penternakan kambing, pastinya kena tahu jenis atau baka kambing terbaik dan sesuai dalam penternakan kambing. Ia juga memang seperti yang diperkatakan dalam rujukan menternak kambing ini. Jadi, baka kambing apa sesuai untuk diternak di Malaysia ini. Biasanya kalau yang tinggal di kampung, biasa tengok jenis kambing kampung saja..


Jenis-Jenis Kambing Sesuai Diternak Di Malaysia

Kambing ini dikenali dengan rasa dagingnya yang sedap, ramai yang suka memakannya tapi kurang penternak dalam bidang ini. Jadi, anda boleh rebut peluang itu dengan kenali jenis atau baka kambing..


Kambing Boer
  • Ia dari jenis pendaging,
  • Berbadan putih & kepala merah
  • Telinga yang pendulous
  • Kadar tumbesaran yang lebih cepat
  • Kadar lahir yang tinggi
  • Baka kambing tersebut seperti gambar di atas..



Kambing Katjang 
  • Badan kecil, pendek dan tanduk melentur ke atas dan ke belakang
  • Telinga tegak ke sisi
  • Janggut pada kambing jantan
  • Biasa berwarna hitam, coklat



Kambing Janampari
  • Muka cembung ( Roman Nosed)
  • Telinga panjang dan melampai kebawah
  • Bulu lebat pada bahagian punggung dan leher
  • Sekarang import dari Indonesia



Kambing Alpine 
  • Dwiguna
  • Telinga sederhana & mengarah ke atas
  • Asal : Pergunungan Alpine, Switzerland



Kambing Saanen 
  • Bulu dominan putih
  • Hidung lurus dan muka berbentuk segitiga
  • Telinga tegak dan mengarah ke depan
  • Dwiguna
  • Titik hitam pada kawasan hidung,telinga dan kelenjar susu
  • Ekor pendek dan tipis
  • Ada kekacang pada leher



Kambing Toggenburg 
  • Kambing berasal dari Toggenburg Valley, Switzerland
  • Saiz lebih kecil dari Alpine
  • Telinga , kaki belakang berwarna putih
  • Prestasi paling baik di kawasan beriklim sejuk



Kambing Cashmere
  • Banyak terdapat di China, Turki,Afghanistan,Iraq & Iran
  • Mudah dipelihara & tahan penyakit
  • Bulu dicukur 1 kali/tahun
  • Sekarang banyak dibiakkan di USA semenjak 1980 , baka diimport dari Australia

Okey, ini antara beberapa contoh baka atau jenis kambing yang sesuai dalam penternakan. Kalau tengok gambar tersebut, sihat dan besar saja, kan kambing tersebut. Ada beberapa lagi baka kambing yang admin tak masuk di sini, letih nak letakkan semua.


Panduan Untuk Belajar Menternak Kambing

Apa kata anda ambil peluang belajar cara menternak kambing dengan betul dan ianya mampu menjana beribu-ribu ringgit sebulan. Lebih-lebih lagi bila masuknya musim cuti atau perayaan. Permintaan untuk mendapatkan dagingnya memang berganda la, sebab itu tengok pengusaha kambing tersenyum lebar bila datangnya musim tersebut..huhu..

Jadi..

Nak belajar? Admin syorkan anda dapatkan panduannya. Anda boleh klik pautan yang diberikan itu..[Ebook] Download Panduan Menternak Kambing !


Semoga membantu.

This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement