-->

5 Bisnes Modal Rendah Yang Anda Patut Cuba Pada 2018

- February 13, 2018
5 Bisnes Modal Rendah Yang Anda Patut Cuba Pada 2018. Selalu kita dengar kes-kes orang diberhentikan kerja, gaji OT (over-time) dipotong majikan, tak ada elaun, dan lebih teruk ada yang diberhentikan begitu saja oleh syarikat kerana kemampuan majikan yang tidak mengizinkan.

5 Bisnes Modal Rendah Yang Anda Patut Cuba Pada 2018

Bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'. Begitulah sebaik-baiknya jika anda bekerja dengan syarikat swasta. Pastikan anda ada Plan B untuk mengurus kewangan keluarga dan masa depan anak-anak anda.

5 Bisnes Modal Rendah

Kali ini kita pelajari 5 jenis bisnes yang anda boleh cuba dengan menggunakan modal yang sangat rendah. Antara bisnes yang memerlukan anda mengeluarkan modal yang rendah adalah:

1- Bisnes Jenis Dropship
Perniagaan menggunakan konsep atau program dropship merupakan perniagaan yang mudah untuk dimulakan. Ianya mudah kerana Tanpa Modal permulaan pun anda sudah boleh memulakan jualan secara online atau offline. Banyak peniaga yang mempunyai Produk Sendiri membuat program dropship ini bagi membantu jualan produk mereka.

5 Bisnes Modal Rendah Yang Anda Patut Cuba Pada 2018

Program droship ini adalah menjual produk orang lain dengan komisen setiap jualan produk dalam 10% hingga 50% keuntungan.

Sebagai contoh;-

Produk A dijual dengan harga RM100.
Harga Agen Droship adalah RM80.

Keuntungan Agen Drosphip - RM100-RM80 = RM20

Itu untuk satu jualan produk. Kalau anda berjaya menjual 10 dalam sehari?

RM20 X 10 X 30 hari = RM6,000 Sebulan !

Jika anda berminat nak join drosphip, boleh cuba Kumoten.com


2 - Bisnes Sebagai Ejen Insuran
Ramai yang nak jadi ejen insuran. Tetapi, bukan terus boleh jadi ejen insuran, anda perlu menghadiri kursus berkaitan insurans dan perlu lulus ujian tersebut sebelum diberikan kad pengiktirafan sebagai ejen terlatih. Harga bayaran untuk peperiksaan tersebut dibawah RM100 sahaja.

5 Bisnes Modal Rendah Yang Anda Patut Cuba Pada 2018

Selepas lulus ujian, terpulanglah anda nak jual insuran apa dan bank apa. Keuntungan bagi setiap jualan insuran adalah 10% hinga 20%.

Berminat nak jadi ejen insurans, boleh ambil Exam TBE 


3 - Bisnes Jual Baju Bundle
Pernah jumpa baju bundle yang dijual dengan harga RM10 untuk 3 helai? agak-agaknya dari mana mereka mendapatkan baju-baju murah tersebut?

5 Bisnes Modal Rendah Yang Anda Patut Cuba Pada 2018

Inilah rahsia peniaga baju atau pakaian bundle di pasar-pasar malam. Dengan kos permulaan yang agak rendah, membeli bundle secara pukal atau brorng mereka jual semula dengan margin keuntungan sehingga 50%. Kalau bisnes jual baju bundle tak untung, kenapa ramai yang buat?

Berminat nak buat bisnes jual baju bundle, boleh baca Ebook Panduan Bisnes Bundle ini


4 - Bisnes Menggunakan Penulisan
Jika anda pandai menulis, dan mengarang penulisan juga merupakan bisnes paling laris buat masa ini. Semua orang mahu mendapatkan info berkaitan sesuatu bisnes dan panduan memulakan bisnes. Jika anda bisnes jual burger, buat buku atau buku digital (ebook) dan jual. Kalau anda buat bisnes di facebook, buat panduan facebook ads atau Teknik Copywriting yang anda guna.


Selepas anda menghasil buku digital, anda boleh jual dengan laman web seperti Klikjer atau melalui Onpay. Bagi memudahkan jualan produk anda, buat program affiliate pula.

Berminat nak tahu panduan penulisan yang berjaya, boleh baca Rahsia Penulis


5 - Bisnes 'Unique Consumer Products'
Kebanyakkan orang mahukan produk yang boleh menyelesaikan masalah seharian mereka. Selain itu, masalah kesihatan, masalah rutin yang tak boleh diubah, dan sebagainya. Produk yang kita panggil Unique Consumer Products ni adalah produk yang unik, semua orang nak produk ni.

Anda boleh mencari produk yang seumpama ini di Lazada, Alibaba atau Taobao China. Banyak produk yang murah dijual disana dengan harga yang tinggi dijual di Malaysia.


Berminat nak tahu cara membeli borong dari China, baca Rahsia Taobao ini

Walaubagaimanapun, bisnes adalah komitmen yang berterusan. Jauh berbeza dengan 'makan gaji'! keazaman, kesabaran dan usaha adalah kunci utama sesebuah bisnes. Yang pasti ianya perlukan ilmu yang cukup untuk memulakan bisnes.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Advertisement

2 Comments

avatar

kena cuba buat biz kecil2an ni,

avatar

Menarik yang pasal penulisan tu..nanti nak try survey 'klikjer' tu


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search