-->

Resepi Air Balang Yang Paling Laris Di Bulan Ramadhan

- April 22, 2018
Resepi Air Balang Yang Paling Laris Tahun Ini. Resepi Air Balang Paling Laris – Kerap juga saya terima pertanyaan daripada peniaga yang baru nak memulakan bisnes jual air ini. Paling top adalah air apa yang paling laris. Ia bergantung kepada trend, masih ingat tak lagi semasa trend gerai air kopi ala-ala hipster tengah popular dulu? Memang masa itu gerai kopi tumbuh macam cendawan lepas hujan kan. Dekat taman perumahan saya, ada dalam tiga gerai kopi ala-ala hipster ketika itu. Tapi sayang, trend ni tidak bertahan lama. Kalau perasan gerai-gerai ini makin berkurang kan. Yang tutup terus pun banyak.

Resepi Air Balang Yang Paling Laris Tahun Ini

Jadi, air jenis apa yang tak telan dek zaman? Ada banyak sebenarnya, yang saya senaraikan ini adalah yang paling popular. Sepanjang saya menjalankan bisnes menjual air ini, resepi air balang yang tidak putus permintaan seperti berikut:

  1. Jus kedondong asam boi
  2. Jus durian belanda
  3. Air soya
  4. Coconut shake
  5. Jus mangga

…lagi 15 resepi air balang saya bongkarkan dalam ebook Air Balang ini.


Resepi Jus Mangga


Bahan-bahan:

  • Mangga masak dalam 4kg (bersamaan 23 biji mangga).
  • Air yang telah dimasak.
  • Pewarna oren
  • Dua tin susu cair & 4 tin susu pekat.

Cara-cara penyediaan jus mangga:

  1. Kupas mangga masak dan buang bijinya.
  2. Masukkan isi mangga tadi sehingga separuh daripada badan pengisar, kemudian masukkan air masak yang sejuk.
  3. Kisar isi mangga menggunakan pengisar elektrik sehingga larut sekata.
  4. Asingkan hasil kisar ke dalam bekas yang berasingan.
  5. Ulang langkah tadi sehingga isi mangga habis dikisar.
  6. Campurkan hasil kisar tadi ke dalam balang air yang berisi dengan 1-2 bag ais. Kacau sehingga sekata.

Tips jus mangga:

  1. Gunakan air masak. Elakkan menggunakan air paip kerana ianya tidak elok untuk kesihatan. Rasa air mangga akan janggal kerana air paip mengandungi klorin.
  2. Masukkan perwarna oren setitik demi setitik kemudian kacau sehingga mendapat warna yang menarik.
  3. Jika ingin menjual jus mangga susu, sila masukkan 4 tin susu pekat dan 2 tin susu cair ke dalam air mangga dan kacau sehingga sekata.

Ini adalah salah satu resepi air balang paling laris yang saya jual. Mungkin bergantung kepada keadaan cuaca yang panas menjadikan air balang mendapat tempat di hati pelanggan. Oh lupa pula, dalam ebook Air Balang itu, saya ada sertakan dengan video cara membuat jus mangga. 

Saya harap anda dapat pelajari sesuatu dari tips yang saya kongsikan hari ini. Untuk ketahui lebih banyak strategi bisnes air balang, boleh ketahuinya DI SINI

Semoga membantu!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search