Monday, 23 April 2018

author photo
Resepi Sirap Bandung Soda. Sirap bandung je pun dah sedap. Tambah soda agak-agak rasa apa? Lagi sedaplah ceritanya, minum pulak tengahari panas, uishh sedap sangatlah air sejuk lalu kat tekak.

Bukan saja melegakan haus air sirap bandung soda ni, malah boleh digunakan untuk melariskan jualan air balang untuk berniaga di Bazar Ramadhan. Maklumlah, bulan puasa dah tak lama lagi. Mesti habis terjual air sedap ni!

Resepi Air Sirap Bandung Soda Untuk Lariskan Air Balang

Bahan-Bahan Air Sirap Bandung Soda
  1. 1/4 cawan sirap
  2. Gula-ni ikutlah tekak korang nak manis banyak mana, bancuh dengan air panas sikit ye supaya jadi air gula
  3. 3/4 tin susu cair
  4. 3/4 jug kiub ais
  5. 1/2 tin air aiskrim soda-sukat guna tin susu tadi


Cara-Cara Penyediaannya

Campur je semua dalam satu bekas dan biarkan ais cair. Tak perlu tambah air ye kang tawar pulak. Siap!

Saya harap anda dapat pelajari sesuatu dari tips yang saya kongsikan hari ini. Untuk ketahui lebih banyak strategi bisnes air balang, boleh ketahuinya DI SINI

Semoga membantu!

This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement