-->

10 Langkah Memulakan Bisnes Bundle

- May 18, 2018
Antara perniagaan yang sentiasa mendapat perhatian pada masa kini adalah lebih kepada penjimatan. Tidak hairanlah, peniaga jual baju bundle boleh mengaut keuntungan sehingga 200%. Perniagaan ini bukan saja mudah tetapi menguntungkan.

10 Langkah Memulakan Bisnes Bundle

Kami akan kongsikan dengan anda 10 langkah untuk memulakan bisnes bundle ini. Ikuti langkah ini sekiranya anda nak buka kedai bundle, jika jual dipasar malam perlu van dan order barang je. So apakah 10 langkah itu?

Langkah 1 – Cari Kedai Untuk Disewa – Korang kena dapatkan dulu kedai di lokasi yang ingin nak buka kedai bundle tu. Dapatkanlah semua maklumat sewaan, deposit, keluasan kedai dan sebagainya.

Langkah 2 -  Daftar Syarikat Perniagaan – Daftarkan syarikat anda di Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM). Kadar bayaran pendaftaran boleh rujuk SSM. Bawa Salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Tulis dalam kolum bidang perniagaan, ‘menjual barangan sebaneka dan runcit’ . Dalam 1 jam, korang akan dapat lesen SSM tersebut. Lesen perniagaan ini penting untuk sewaan dan mohon lesen dari PBT nanti.

Langkah 3 – Sign Agreement Sewaan Kedai – Selesaikan proses sewaan kedai dengan owner. Dapatkan Salinan agreement sewaan kedai, bil cukai pintu dan cukai tanah. Dapatkan juga slip bomba untuk pemadam api.

Langkah 4 – Order Barang – Dah sign agreement, anda perlu persiapkan kedai nanti. So, dalam proses renovate nanti sambal tu tunggu tempahan bundle sampai. Order ikut bajet yang korang ada. Buat senarai yang ingin dijual. Samada nak baju bundle budak, t-shirt, kasut atau lain-lain. Gantung banner ‘kedai bundle supersave akan dibuka’! supaya orang tahu kewujudan kedai anda nanti. Promosi awal ni!

Langkah 5 – Buat Renovation Kedai – Lakukan kerja pengubahsuaian kedai. Nak lebih menarik, wiring, partition, cat dan susunatur mestilah dibuat kreatif. Jangan lupa pasang CCTV juga. Kedai bundle tak perlu nampak mewah, namun susunan rak untuk meletakkan baju dan kasut perlu kemas dan menarik.

Langkah 6 – Pasang Rak/Kabinet – Sebaik-baiknya bajet untuk rak mestilah tidak terlalu mahal. Kalau boleh cari rak yang murah atau buat sendiri (DIY).

Langkah 7 – Susun Barang – Nak dapatkan idea macam mana susunan yang bagus? Pergilah mana-mana kedai bundle, tengok macam mana susunan yang bagus. Elakkan baju digantung terlalu padat, orang nak ambil pun susah nanti. Susun dengan kadar yang sederhana. Seeloknya mengikut jenis baju, saiz dan warna. Lebih memudahkan pelanggan anda nanti

Langkah 8 – Mohon Lesen PBT – Pihak berkuasa tempata yang kami maksudkan adalah Majlis Perbandaran ditempat anda. Kos untuk lesen pasang signboard ni lebih kurang RM200. Anda perlu sediakan dokumen seperti IC, gambar 4 keping, agreement sewa kedai, bil cukai tanah, bil cukai pintu, slip bomba, Salinan lesen perniagaan SSM dan wang tunai.

Langkah 9 – Mulakan Perniagaan – Kami galakkan anda jaga kedai sendiri dulu dalam 3 bulan pertama. Kenal pelanggan anda dan dapatkan feedback dari mereka tentang barang yang mereka perlukan. Lakukan promosi jualan seperti memasang banner, bunting, edar fliers dan iklankan di newspaper jika ada bajet untuk ini.

Langkah 10 – Stabilkan Perniagaan – Jika anda memilih lokasi yang startegik pastinya anda sudah dapat pulangan modal dalam 3 bulan pertama ini. Jika sales tak bagus, lakukan lagi promosi termasuk lakukan jualan melalui Facebook, Blog atau Instagram. Jika masih kurang memuaskan, boleh cari lokasi lain untuk buka kedai bundle.

Jadi kepada anda yang berminat dengan bisnes bundle ni, bolehlah cari kedai-kedai yang kosong dan mulakan perniagaan. Jika nak buat part-time juallah di pasar malam, tamu-tamu atau online.

10 Langkah Memulakan Bisnes Bundle



Jika kena pada tempat dan caranya, entah-entah beberapa tahun lagi anda dah buka cawangan baru. Semoga bermanfaat dan semoga sukses!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search