-->

Berapa Modal Nak Start Bisnes Air Balang?

- May 06, 2018
Ramai yang nak cari bisnes sampingan ketika bulan Ramadhan ni. Ramai juga yang nak buat bisnes jual air balang ni sebagai bisnes full-time.

Namun, berapakah modal permulaan untuk memulakan bisnes air balang ni?

Disini, kita akan mengkaji peralatan yang akan digunakan dalam bisnes air balang ni.

Apakah peralatan jual air balang?


BERAPA MODAL NAK START BISNES AIR BALANG?


Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..



  • 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
  • 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
  • 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
  • 2 kerusi : RM 10-RM20
  • 1 alas meja : RM30-RM40
  • 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
  • 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
  • 1 unit bekas air gula: RM5-10
  • 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
  • Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
  • 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
  • 1 dozen Straw: RM 5-6
  • Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)


Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM800

Tak sampai pun seribu ringgit!


BERAPA PULA MODAL HARIAN?


Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM25 bagi setiap balang.

Bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.


POTENSI JUALAN & UNTUNG?


Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 RM150 sehari (dah naik sebab kos beli bahan dah naik!)

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM2.
Berapa Modal Nak Start Bisnes Air Balang?

Jadi, jualan sehari.. RM2 X 50 bungkus X 5 balang = RM500
Tolak modal harian... RM500 - RM150 = RM350

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)...

RM350 X 25hari = RM8,750

UNTUNG = RM8750 beb sebulan!

Amacam? Berminat?

Kalau berminat nak tahu lebih details selok belok pasal bisnes air balang ni! Boleh klik link dibawah!



[ Klik Sini ]Rahsia Bisnes Air Balang 2018


Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search