Tuesday, 15 May 2018

author photo
Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Bisnes Tudung. Semua nak berniaga kalau boleh! tapi nak niaga bisnes apa?

Anda boleh pertimbangkan Bisnes Jual Tudung ni sebab pasaran memang dah sedia ada..cuma anda perlukan sedikit bimbingan bagaimana mahu memulakan, melaksanakan, dan memajukan bisnes tersebut..

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Bisnes Tudung

5 sebab ini mungkin boleh mengubah keyakinan anda terhadap Bisnes Jual Tudung..

1. Bisnes Evergreen

Ya! Tudung ni adalah produk evergreen, maksudnya, ada permintaan sepanjang masa. Tak kira waktu, setiap hari dan setiap bulan, memang ada sahaja orang yang membeli tudung.

Tudung ni tak macam bisnes kuih raya. Kuih raya ni permintaannya tingggi masa musim raya je, iaitu sekali setahun, lepas raya... permintaan kuih akan jadi suam-suam kuku sahaja.

Berbeza dengan tudung.. kalau tak musim raya pun, memang ada banyak permintaan. Tapi bila masuk musim nak raya, permintaannya akan melonjak antara 3 hingga 4 kali ganda dari bulan biasa. Jadi, tidak hairanlah akak-akak yang jual tudung ni boleh jana untung belas-belas hingga puluh-puluh ribu sebulan jual tudung sewaktu musim raya.


2. Modal Mula Rendah

Satu lagi kelebihan bisnes tudung ni, modal untuk nak mula bisnes ni juga sangat rendah! Nak start dia, tak perlu susah-susah nak beli peralatan apa-apa. Hanya perlu beli stok tudung sahaja! Sekitar 3-4 ratus ringggit.

Malah, kalau takde modal langsung pun, masih boleh start dengan modal 0.. iaitu buat secara dropship!

Apa yang penting, kita kena tahu siapa target market kita dan tudung apa yang mereka suka beli & pakai. Bila kita tahu je perkara ni.. kita dah boleh start jual walaupun masih belum ada stok di tangan.


3. Tiada Tarikh Expired

Tudung ni adalah kategori produk tiada expired. Jadi, kita boleh simpan lama. Tak seperti produk makanan, atau produk kosmetik. Kalau kita jual barang makanan, bila tak habis.. nak tak nak, kena buang. Kalau makanan kering, paling lama pun boleh tahan, mungkin dalam 1-2 tahun. Lepastu, ia akan rosak dan tidak boleh digunakan. Sama juga produk kosmetik, ada tarikh luput. 

Berbeza dengan tudung, ia tiada tarikh expired. Kalau rasa susah nak terjual sesuatu tudung tu. Kita boleh bagi harga diskaun atau buat sale. Tapi kalau masih tak terjual juga! Boleh jadikan sebagai produk free gift! Takdelah produk tu terbuang sia-sia.


4. Boleh Buat Dari Rumah!

Ini adalah kelebihan terbesar bisnes tudung. Especially untuk golongan suri rumah. Bisnes ni kita boleh buat dari rumah je. Jual pun secara online je. Pos barang pun tak perlu susah-susah gi pejabat pos, abang posmen boleh datang pickup barang. Memang mudah.


5. Produk Senang Jual.

Of course, jual tudung ni tak macam jual ubat kurus atau ubat putih kulit. Kena cerita panjang lebar dan tunjuk segala bukti dan testimoni bagai.

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Bisnes Tudung

Untuk jual tudung ni, cukup sekadar tunjuk gambar tudung yang dipakai oleh wanita dengan wajah yang ceria dan gembira, serta.. sedikit penerangan tentang jenis kain serta harganya. Memang mudah!.

Ada banyak lagi kelebihan bisnes tudung ni kalau nak cerita. Tapi cukuplah dengan 5 kelebihan ini dulu.


Jika kamu rasa berminat nak tahu lebih lanjut tentang selok-belok bisnes tudung nie. Dapatkan segera ebook "Bisnes Tudung" disini..


Dalam ebook tu.. akak tu dah bocor siap-siap senarai supplier serta, macam mana strategi dia jual tudung sampai untung belas-belas ribu. Malah, siap tunjuk juga cara nak buat tudung jenama sendiri. Semuanya dia dah tulis dan ceritakan dalam ebook tu!

Memang rugi kalau tak dapatkan ebook ni. Klik butang dibawah untuk dapatkan ebook ini dengan segera.

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Bisnes Tudung





This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement