Wednesday, 9 May 2018

Resepi Air Fair Lady

Resepi Air Fair Lady. Kunci kejayaan sesebuah bisnes jual air balang adalah resepi yang digunakan oleh penjualnya. Keunikan, kesegaran dan kesedapan minuman itulah penarik utama dalam perniagaan air balang ini.

Untuk kali ini, kita belajar cara menyediakan Resepi Air Fair Lady. Terpulanglah nak buat air minum dirumah ketika berbuka puasa di bulan ramadhan ataupun jual dibazar ramadhan. 

Resepi Air Fair Lady

Resepi oleh : Syafik Kyle dan Sonaone
Rujukkan : Bila Bujang Masuk Dapur
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan-bahannya:
  1. Air oren secukupnya
  2. 1 tin laici dalam tin
  3. Nata de coco secukupnya
  4. 1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
  5. Ais batu secukupnya

Cara Penyediaannya:
  1. Mula-mula sediakan air oren dahulu. Ita guna air oren Sunquick. Rasa kan manis air oren secukup rasa.
  2. Masukkan nata dalam jug, diikuti buah laici dan airnya serta biji selasih.
  3. Tuangkan air oren tadi dan ketulan ais. Sedia dinikmati.

[ Baca Sini ] - Rahsia Bisnes Air Balang

Related Posts

Resepi Air Fair Lady
4/ 5
Oleh