Monday, 7 May 2018

Resepi Air Mata Kucing

Resepi Air Mata Kucing. Kunci kejayaan sesebuah bisnes jual air balang adalah resepi yang digunakan oleh penjualnya. Keunikan, kesegaran dan kesedapan minuman itulah penarik utama dalam perniagaan air balang ini.

Untuk kali ini, kita belajar cara menyediakan Resepi Air Mata Kucing. Terpulanglah nak buat air minum dirumah ketika berbuka puasa di bulan ramadhan ataupun jual dibazar ramadhan. 

Resepi Air Mata Kucing

SUMBER: AZLITA MASAM MANIS

Bahan-bahannya:
  1. Buah mata kucing kering secukupnya
  2. 1 buku gula Melaka
  3. 2 buku gula batu
  4. Gula mengikut kemanisan
  5. Air secukupnya
  6. Daun pandan di simpul

Cara Penyediaannya:
  1. Cuci buah mata kucing hingga bersih
  2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
  3. Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
  4. Perasakan dengan gula.
  5. Siap dihidangkan panas atau sejuk.

[ Baca Sini ] - Rahsia Bisnes Air Balang

Related Posts

Resepi Air Mata Kucing
4/ 5
Oleh