-->

Resepi Jus Delima Tembikai Yang Sedap

- May 14, 2018
Resepi Jus Delima Tembikai. Pengambilan buah delima dikatakan, boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu mengembalikan sel kulit dan pembentukan semula tisu badan.

Kajian dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh di Scotland pula mendapati, buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut. Jus ini bukan saja sedap tetapi berupaya melegakan tekak kehausan dan mudah disediakan.

Resepi Jus Delima Tembikai Yang Sedap

Bahan-bahan:
  1. Tembikai - 4 potong (dikisar dan dipotong dadu)
  2. Buah delima - 2 sudu besar (dikopek)
  3. Jus Delima - 1 gelas kecil
  4. Air gula - 1 sudu kecil
  5. Ais - 1 mengkuk kecil

Cara Penyediaan:
  1. Tuangkan ais ke dalam cawan dan diikuti denga air gula
  2. Campurkan jus delima
  3. Masukkan tembikai yang sudah dikisar tadi
  4. Taburkan buah delima yang sudah dikopek 
  5. Letak tembikai yang sudah dipotong kecil dan berbentuk dadu
  6. Siap untuk dihidang


Info Tambahan:

Antara khasiat buah delima;
  • Mengurangkan batuk.
  • Membantu menstabilkan paras kolesterol.
  • Membantu merendahkan tekanan darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
  • Melindungi otak bayi dan ibu mengandung.

Sumber: Bharian 

Sekiranya anda jadikan Jus Delima Tembikai ini untuk dijual Air Balang di Bazar Ramadhan. Tambah kuantiti bahan-bahannya mengikut saiz balang yang digunakan.



Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search