Saturday, 12 May 2018

author photo
Resepi Jus Kedondong Asam Boi. Kunci kejayaan sesebuah bisnes jual air balang adalah resepi yang digunakan oleh penjualnya. Keunikan, kesegaran dan kesedapan minuman itulah penarik utama dalam perniagaan air balang ini.

Untuk kali ini, kita belajar cara menyediakan Resepi Jus Kedondong Asam Boi. Terpulanglah nak buat air minum dirumah ketika berbuka puasa di bulan ramadhan ataupun jual dibazar ramadhan. 

Resepi Jus Kedondong Asam Boi

Resepi Oleh: Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahannya:
  1. 12 biji buah kedondong
  2. 10 biji asam boi jenis putih
  3. 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  4. 3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
  5. Gula secukup rasa
  6. Ais kiub secukupnya

Cara Penyediaannya:
  1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
  2. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
  3. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
  4. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
  5. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
  6. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
  7. Kacau dan biarkan sekejap.
  8. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.

Sedap diminum sejuk

[ Baca Sini ] - Rahsia Bisnes Air Balang

This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement