Monday, 21 May 2018

Resipi Air Laici Asam Masin Soda Yang Viral

Resipi Air Laici Asam Masin Soda Yang Viral. Panas-panas ni, sedapnya lah kalau pekena air laici asam masin soda ni, dapat sejukkan tekak dan badan.

Selain dijadikan minuman seisi keluarga ketika berbuka puasa, anda juga boleh jadikan resepi jualan air balang di bazar ramadhan atau dimana-mana saja.

Jom buat, ini resepinya.

Bahan-bahan:


Resipi Air Laici Asam Masin Soda Yang Viral


  1. 1 botol besar air aiskrim soda.
  2. 1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
  3. 2 batang serai ~ dititik.
  4. daun pudina ~ terpulang berapa helai.
  5. 1 biji lemon ~ dihiris nipis.
  6. 5 biji asam boi putih.
  7. ketulan ais secukupnya.


Cara-cara menyediakannya:

  1. Cuci semua bahan hingga bersih.
  2. Hiriskan lemon nipis nipis.
  3. Sediakan bekas yang bersesuaian.
  4. Letakkan daun pudina secukupnya.
  5. Masukkan lemon yang telah dihiris.
  6. Diikuti asam boi putih.
  7. Masukkan buah laici / longan.
  8. Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
  9. Letakkan ketulan ais jika suka.
  10. Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.


Resipi Air Laici Asam Masin Soda Yang Viral

Ok, dah siap dah. Sekarang anda dah boleh minum!

Sumber dari Facebook Koleksi Resipi Sedap Untuk Keluarga Tersayang

Berminat nak buat Bisnes Air Balang? Baca info lanjut bagaimana nak mula bisnes ni - Klik Sini

Related Posts

Resipi Air Laici Asam Masin Soda Yang Viral
4/ 5
Oleh