Monday, 14 May 2018

Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku

Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku. Beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan tiba, kita berpuasa sehingga sebulan setiap tahun. Ketika bulan ini, peluang untuk berniaga memang sangat-sangat menguntungkan jika tahu cara dan produk apa yang pasti laku dijual.

Salah satu bisnes yang mempunyai potensi keuntungan sehingga 1000% adalah menjual Air Balang di Bazar Ramadhan.

Tempoh masa menjual yang sangat terhad tetapi jika kena pada resepi yang anda jual, pastinya ramai yang akan membeli air bungkus atau air balang dengan anda nanti.


Resepi Air Balang Pasti Laku Bazar Ramadhan


Lazimnya, kebanyakkan peniaga air balang akan menjual air yang lebih mudah dibuat dan permintaan yang tinggi. Seorang peniaga air balang yang berpengalaman akan tahu mana satu resepi air balang yang mendapat permintaan tinggi pada waktu beberapa hari bazar ramadhan dibuka. 

Namun, kebiasaanya..resepi air balang seperti dibawah adalah kegemaran orang ramai..apakah jenis air balang itu?

Antara  resepi jus dan air balang tersebut adalah:

  1. Jus Mangga
  2. Air Laici Susu
  3. Jus Buah Naga
  4. Jus Air Mata Kucing
  5. Jus Air Jagung
  6. Jus Tembikai Susu
  7. Jus Tembikai Lemon
  8. Jus Nenas Madu
  9. Jus Asam Boi
  10. Jus Epal
  11. Jus Buah Kiwi
  12. Air Milo
  13. Air Blue Hawaian Lemonade
  14. Air Teh Bunga
  15. Air Kelapa Muda/Kelapa Pandan
  16. Air Soya Cincau
  17. Jus Air Katira

Dan, banyak lagi...boleh rujuk panduan bisnes air balang...


Nampak macam biasa saja kan? kalau air macam ni, siapa-siapa pun boleh buat..


Keunikan Nama Air Balang Dan Layanan Baik Jadi Tarikan


Air yang dijual hampir sama, tetapi ada cara untuk tonjolkan keunikan jualan air balang anda iaitu keunikan nama dan warna air balang tersebut.

Cuba anda perhatikan..

Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku

Nampak tak? Air asam boi macam biasa tetapi nama tu Asam Boi Special Rindu Awak 200% ? Unik bukan? macam ni cara yang terbaik menarik perhatian pelanggan anda nanti..

Satu lagi caranya adalah..

Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku
Sumber Gambar: www.akupunyeeceritaa.blogspot.com

Senyuman dan layanan baik kepada pelanggan amat penting. Mungkin setiap senyuman anda lebih berharga dan memikat hati pelanggan anda biarpun resepi air balang biasa-biasa saja...hehe

Jika anda nak kan panduan berniaga Air Balang beserta Bonus Resepi Best Seller, dapatkanlah Ebook Panduan Memulakan Bisnes Air Balang ini.


Semoga berjaya.

Related Posts

Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku
4/ 5
Oleh