Wednesday, 16 May 2018

author photo
Surat Perjanjian Jual Beli Kereta Kaedah Sambung Bayar. Ramai sedia maklum hutang pembiayaan untuk membeli kenderaan banyak membantu orang ramai untuk memiliki kenderaan. Tetapi adakah anda tahu hutang kenderaan juga banyak menyebabkan ramai orang muflis? Adakah anda betul betul tahu terma sebenarnya pembiayaan untuk membeli kenderaan?


Pembiayaan Sewa Beli

Hire purchase financing dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa Malaysia ianya dipanggil Pembiayaan Sewa Beli. Pembiayaan ini bermaksud kita sebenarnya hanya “menyewa” dan bayar ansur ansur sahaja setiap bulan selama 5 hingga 9 tahun tempoh pembiayaan. Selepas itu baru kenderaan tersebut baru jadi hak milik hakiki kita. Selagi dalam tempoh pembiayaan kita hanyalah penyewa sahaja. Walaupun nama kita ada di dalam geran, ada hitam putih yang mengatakan pihak bank ialah pemilik pertama. Sebab itu geran ada dalam simpanan mereka!

Surat Perjanjian Jual Beli Kereta Kaedah Sambung Bayar

Dalam pembiayaan sewa beli kenderaan, agak sukar bagi kita untuk memahami terma bagaimana ingin menjual kenderaan yang masih berada dalam tempoh pembiayaan. Setelah bertahun kami mengkaji dan melalui pengalaman ini sendiri, ya kita boleh jual kenderaan yang masih dalam tempoh pembiayaan dengan pihak bank mengikut terma-terma perundangan yang sah dan diterima pihak berkuasa dan mahkamah.

Apa yang penting dalam menjual kereta yang masih dalam pinjaman bank ialah perjanjian bertulis rasmi yang disahkan oleh pihak peguam. Di syarikat kami, beberapa panel peguam yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dengan pihak bank antara yang menyediakan perjanjian jual beli kereta yang masih dalam pinjaman untuk syarikat kami.

Ramai yang bertanya dengan kami untuk dapatkan perjanjian tersebut. Yelah, ramai mengadu jika mereka jual kereta mereka dengan cara biasa dan selesaikan hutang bank, memang ianya negatif dan mereka kena tambah guna duit mereka untuk selesaikan hutang kereta.

Akudianiaya - sape2 boleh tolong bagi cadangan pada saya.macam nak selesai kan kes orang yang dah menipu saya.  ceritanya begini.saya ada menjual kereta pada dia senang kata suh dia sambung bayar je laa.pastu dia dah buat kete tu jadi kete piang boleh plak dia jual pada orang lain dan sekarang ni bank dah keje saya dan nak bawak saya naik makamah.dan apa yang silap dari saya ialah saya tak buat surat hitam putih dgn dia memandang dia sahabat karib saya.jadi dia dah hilang kemana pun tak tahu. jadi ada sape2 bleh bg idea tak? (sumber dari majalah.com) 

Bagi sesiapa yang memerlukan perjanjian kereta sambung bayar atau perjanjian jual beli kereta yang masih dalam pinjaman bank dalam versi penuh, bolehlah dapatkan Ebook Surat Perjanjian Sambung Bayar Kenderaan dibawah ini demi mengelakkan kejadian penipuan seperti diatas..

Anda perlukan Surat Perjanjian Bertulis Rasmi untuk Kereta Sambung Bayar. Dapatkan Ebook ini untuk dokumen lengkap yang lebih mudah.

Semoga membantu.


This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement