Monday, 23 July 2018

author photo
6 Tip Elak Ditipu Ketika Borong Barang Dari China. Dengan meningkatnya kadar sara hidup di Malaysia, ia memaksa kita mencari sumber pendapatan sampingan yang lebih baik untuk menampung perbelanjaan seharian keluarga. Ada yang buat bisnes dropship, ada jual air, jadi ejen dan sebagainya.

Namun, ramai juga yang menceburi bidang perniagaan disebabkan kesukaran mendapatkan pekerjaan didalam sector awam mahupun swasta. Semua tahu, permulaan untuk menjalankan perniagaan bukanlah mudah. Ramai yang jadi korban penipuan disebabkan tiada pengalaman ketika memborong dari China untuk bisnes mereka.

6 Tip Elak Ditipu Ketika Borong Barang Dari China

Kali ini, kami ingin kongsikan tip berguna yang mungkin anda perlu ingat ketika memborong barang dari China nanti. Sila ambil perhatian lebih terhadap 6 tip dibawah ini kerana sudah ramai yang tertipu.


1. Kenal Pemborong Secara Dekat

Mengenali dan bersemuka sendiri dengan pemborong secara lebih dekat adalah langkah yang lebih selamat. Kemudian, jangan lupa untuk ambil bisnes kad, nombor kad pengenalan, nombor telefon, ID Wechat, website (jika ada), akaun facebook(jika ada) untuk anda buat semakan samada identiti si pemborong tersebut. Buat pengetahun anda, WeChat ini bukanlah sekadar aplikasi untuk mesej dan berseronok semata-mata. Di China, aplikasi ini lebih penting daripada Facebook serta Whatsapp. Menerusi WeChat anda boleh menyemak status pemilik kedai, kualiti produk, review pengguna serta pelbagai lagi maklumat penting yang boleh menyelamatkan anda daripada ditipu.


2. Simpan Resit Pembayaran

Resit sesuatu pembayaran merupakan satu-satunya bukti bertulis yang menunjukkan anda pernah berurusan dengan pemborong tersebut. Anda boleh gunakan resit tersebut sebagai bukti untuk membuat laporan polis sekiranya berlaku sebarang kes penipuan.

Pastikan resit tersebut mempunyai nama kedai atau nama kilang yang sama dengan tempat anda berjual beli. Selain nama kedai, resit yang sah juga sepatutnya mempunyai maklumat penjual, alamat, nombor telefon dan ID WeChat mereka.


3. Pembayaran 30% Deposit 

Apabila deposit sudah dibayar, pemborong akan kerap menelefon dan membalas mesej dengan anda. Ini membuktikan yang mereka sedang memproses tempahan anda serta mahukan pembayaran yang selebihnya. Anda perlu bayar sedikit deposit, sekurang-kurangnya 30% agar pemborong membuat kerja dengan lebih pantas. Jika dibayar penuh takut resit hilang dan tempahan tidak akan dilayan nanti.


4. Berhati-Hati Dengan Wang Palsu

6 Tip Elak Ditipu Ketika Borong Barang Dari China

Penipuan wang palsu ini merupakan isu yang serius, hamper semua pemborong di China mempunyai mesin untuk mengesan wang palsu. Meskipun begitu, anda perlu pastikan semasa proses pertukaran wang. Perhatikan kelakuan pemborong sewaktu proses ini. Jangan lupa kira semula baki dan periksa sendiri wang tersebut untuk elakkan daripada mendapat wang palsu.


5. Kenalpasti Sekiranya Pemborong Merupakan Pemilik Kedai

Terdapat juga kes dimana orang lain menyamar sebagai pemborong kedai dan menipu pembeli kerana kemahiran berbahasa inggerisnya. Modus operandi mereka adalah mengenalpasti pelancong dan pembeli yang sukar untuk berurusan dengan pemborong yang berbahasa mandarin. Rata-arat mereka yang tertipu kebiasaannya tidak mengikuti trip borong ke China bersama dengan consultant trip borong yang bertauliah.

6 Tip Elak Ditipu Ketika Borong Barang Dari China

Kebanyakan pemborong tidak tahu berbahasa inggeris. Jadi tidak hairanlah terdapat individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan menyamar sebagai pemilik kedai. Mereka juga akan keluarkan resit palsu yang mempunyai maklumat palsu dan menerima bayaran daripada anda.
Namun, apabila anda datang semula ke kedai itu untuk membuat pungutan produk, barulah anda tersedar yang resit tersebut adalah resit palsu.


6. Borong Barang Dari China Secara Online

Dengan teknologi canggih zaman sekarang, semua urusan borong boleh dilakukan hanya dihujung jari. Duduk dirumah minum kopi pun anda boleh membeli secara borong dari China. 

Pembelian atas talian ini juga menjimatkan masa, kos belanja pergi ke China dan mengelakkan kes penipuan orang tengah (pemborong) yang seringkali mengambil kesempatan kepada pelanggan mereka.

Kami cadangkan anda mendapatkan Panduan Import Barang Dari China Secara Online ini – Klik Sini


Sekian untuk perkogsian kali ini dan semoga 6 Tip Elak Ditipu Ketika Borong Barang Dari China ini bermanfaat untuk anda. Salam sukses!

This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement