Monday, 2 July 2018

author photo
AHLI perniagaan wanita di Kelantan mencatat pembelian termahal tudung bawal apabila membeli tudung Bawal Exclusive (BE) dengan harga RM33,000 sehelai tahun ini.

Pembelian itu sekali gus memecah rekod jualan sehelai tudung bernilai RM21,600, tahun lalu yang mana kedua-dua tudung bernilai tinggi itu adalah tempahan khas yang dihasilkan di cawangan premium BE iaitu As Galleria (AG), Lembah Sireh, Kota Bharu.


Pengurus AG, Rabiatu Hasmak Ghani berkata, harga tudung bergantung pada rekaan dan tampalan batu Swarovski yang menjadikan BE tudung berjenama mewah dan eksklusif.

Katanya, tahun lalu, AG turut menyumbang jualan RM6 juta bagi penjualan tudung BE dengan harga permulaan serendah RM60 hingga mencecah ribuan ringgit mengikut tempahan khas pelanggan.

“Peningkatan jualan juga mencapai ratusan ribu ringgit menjelang musim perayaan dan selepas pelaksaan kosong peratus cukai jualan dan perkhidmatan (GST) Jun lalu.

“Selain sokongan pelanggan tetap, BE yang menjalankan perniagan jualan tudung BE secara atas talian yang turut menyumbang sebanyak 30 peratus kepada nilai jualan,” katanya ketika ditemui dalam majlis meraikan pelanggan setia BE di Majlis Gala Night III, AG by BE di Kota Bharu, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd Haliza Maysuri, Pengarah Urusan Swarovski Asia Tenggara dan New Zealand, Sebastian Cox dan Pengarah As Galleria Sdn Bhd, Mohd Saifullizan Mokhtar.

Dalam majlis itu, 330 pelanggan setia BE diraikan termasuk pembeli tertinggi tahunan yang mencecah belian RM96,000 setahun.

Pemenangnya, Hanuni Farda Habir,38, berkata, pembelian tudung mahal bukan berniat mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya untuk kepuasan diri.


“Saya membeli tudung BE di AG dengan harga bermula RM60 hingga RM1,000 sehelai selain turut berniaga tudung berkenaan secara atas talian.

“Tudung BE ini materialnya daripada kain bawal gred 1, selesa dipakai dan sesuai dengan wanita yang sukakan rekaan eksklusif,” katanya.



Sumber: Harian Metro


This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement