Monday, 23 July 2018

author photo
Cara Memborong Barang Dari China Secara Online. Negara China memang sinonim dengan harga produk yang sangat murah. Harga murah disebabkan kos pekerja murah dan hanya terdapat di China. Bila sebut harga murah, pasti kita nak membeli sebanyak mungkin produk yang murah di China tetapi agak mahal di Malaysia ini. Jika tengok di laman web e-commerce China, kebanyakkan produk yang puluhan ringgit di Malaysia dijual dengan harga tak sampai RM10 pun di China.

Cara Memborong Barang Dari China Secara Online

Memang rambang mata memilih. Rasanya kalau habiskan RM200 memang banyak betul barang yang kita akan dapat. Antara produk yang gemar dibeli rakyat Malaysia dari China ialah pakaian, aksesori telefon, peralatan rumah, peralatan memancing dan macam-macam lagi. Banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan membeli belah dalam talian yang hebat sekarang ni. Kemunculan laman web yang professional menambahkan lagi keinginan untuk memborong barang-barang dari sana.


Cara Mudah Borong Barang Dari China 


Ramai yang tak tahu cara borong barang dari China. Ada yang tahu tetapi semuanya melalui ORANG TENGAH yang selalunya mengumpul duit dan memborong barang sekaligus dengan caj dan bayaran tertentu yang dikenakan. Jika orang tengah boleh dipercayai, okay lah kan? Bagaimana jika anda ditipu? Sebab ramai juga yang tertipu dengan helah si orang tengah ni.

Dengan segala kemudahan dan teknologi yang semakin canggih, duduk di rumah pun boleh buat tempahan dengan cara mudah borong barang dari China dalam talian.

Lebih bagusnya, kita dapat harga borong walaupun hanya tempeh untuk seunit barang.

Penjimatan? Tak payah cakaplah. Banyak kos yang anda boleh jimat dengan membrong secara online ni berbanding pergi terus ke kilang atau pembekal China. Jika modal besar, itu mungkin tak ada masalah jika nak melancong terus ke China.

Ada beberapa laman web yang menawarkan pemborongan barang dari China. Misalnya:-

  1. Alibaba.com
  2. Taobao.com

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi kami bagitau 2 ni dulu takut anda pening dan focus dengan kedua-dua laman web paling popular ini dahulu. 

Baiklah, antara kedua-dua lubuk supplier dari China ni, mana satu lagi murah dan lebih dipercayai?

Alibaba.com menawarkan harga yang lebih murah berbanding taobao.com tetapi anda perlu membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak dari 500 hinga 1000 unit ke atas. Modal besar membeli di sini memang terbaik.

Di Taobao.com pula adalah sebaliknya. Harga tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah namun pembelian boleh dilakukan walaupun anda nak 1 unit produk sahaja. 

Maka, kami cadangkan anda membuat pembelian melalui Taobao.com. Kenapa mesti Taobao dan bukan Alibaba?

Mengapa TaoBao.com?


Mungkin ini soalan pertama yang akan muncul di fikiran anda apabila kami menyebutkan tentang halaman web TaoBao.com. Mengapa membeli di TaoBao.com? Mengapa tidak Alibaba.com? ataupun AliExpress.com?

Cara Memborong Barang Dari China Secara Online

Baiklah, biar kami  terangkan kepada anda mengapa perlu memilih TaoBao.com sebagai lubuk untuk  memborong barang dari China.

Untuk pengetahuian anda, TaoBao.com sebenarnya, adalah merupakan website milik syarikat Alibaba. Jadi.. Mengapa pula Alibaba mewujudkan TaoBao.com sedangkan mereka sudah ada Alibaba.com?

Sebenarnya, Taobao.com diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza...

Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong BESAR dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.

Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.

TaoBao.com pula, adalah di tengah-tengah... ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Jadi ianya "just nice!". Sangat sesuai untuk pemborong-pemborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.


Masalah Borong Online Di Website China


Atas kertas, nak memborong barang-barang fizikal dari China kadangkala nampak mudah.Tapi hakikatnya ada orang yang pernah ditipu dan telah melakukan pelbagai kesilapan di dalam menjalankan bisnes borong ini .Ia mengakibatkan kerugian beberapa ribu ringgit dan terpaksa menghadapi pelbagai masalah. Antaranya :

  1. Ditipu oleh pembekal. Sudah order dan bayar tapi... barang tak sampai-sampai!.
  2. Stok sampai, tapi tak boleh pakai langsung!
  3. Tersalah pilih stok, yang menyebabkan barang susah untuk dijual.
  4. Paling memalukan... kena "sound" di kaunter PosLaju sebab tak pandai bungkus barang.. pergh!

Masalah-masalah ini ada yang menyebabkan kerugian begitu banyak wang, masa dan tenaga.Tuhan saja yang tahu perasaan mereka pada masa itu.


Usah Lakukan Kesilapan Yang Sama Seperti Yang Telah Dilakukan Dahulu!


Kami tidak mahu anda melakukan kesilapan yang sama seperti mana yang pernah  berlaku dengan mereka.

Beza antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal ialah, orang berjaya, bertindak dengan ilmu.. manakala, orang yang gagal, bertindak secara terburu-buru tanpa ilmu..

Mereka sudah melalui jalan pahit-jerih itu, dan anda tidak perlu melaluinya lagi.. belajar dari pengalaman orang lain itu adalah cara belajar yang lebih bijak, lebih mudah serta menjimatkan masa, tenaga dan wang!

Untuk memudahkan anda belajar dan menimba ilmu, seorang penulis dan peniaga iaitu Encik Nigel Ong telah bukukan pengalaman beliau menjadi sebuah ebook yang diberi nama....

RAHSIA TAOBAO
Panduan Import Barang Dari China Secara Online!


Semoga membantu.

Terima kasih kerana membaca Cara Memborong Barang Dari China Secara Online ini. Semoga ianya menjadi panduan dan ilmu yang paling bermakna untuk kejayaan anda.

This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement