Sunday, 1 July 2018

Nak Mula Bisnes? Ini 9 Senarai Ebook Panduan Berguna Untuk Pemula

Senarai Ebook Panduan Berguna Untuk Pemula. Ramai yang buntu mencari pekerjaan tetap. Persaingan untuk mencari kerja memang agak mencabar di zaman ekonomi yang tidak berapa baik ini. Setiap tahun, ramai graduan yang menamatkan pengajian mengharapkan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan. Malangnya, kebanyakkan jawatan tersebut diisi oleh ramai calon yang pastinya persaingan yang agak hebat.

Nak Mula Bisnes? Ini Senarai Ebook Panduan Berguna Untuk Pemula

Selain mengharapkan kerja dalam Kerajaan, atau swasta, anda masih ada pilihan untuk memulakan perniagaan. Perniagaan yang tidak memerlukan modal yang terlalu tinggi kerana perniagaan ini boleh saja dilakukan secara sambilan. 

Kami kongsikan dengan anda beberapa perniagaan yang mungkin menarik dan berkaitan dengan anda. Apakah bisnes yang kami maksudkan?

#1 – Perniagaan Jual Air Balang
Dengan bermodal RM1000 dan kebawah, anda boleh membeli peralatan dan keperluan asas menjual air balang. Tidak memerlukan kelulusan dalam bidang ini, cukup anda pandai membuat air atau jus.


Lokasi untuk menjual pula boleh dilakukan ditempat meletakkan kenderaan, berhampiran mall, bersebelahan dengan sekolah atau IPTA/IPTS. Malahan, anda juga boleh membuka gerai jualan di tepi jalan, pasar tani, pasar malam dan bazar Ramadhan.

#2 – Perniagaan Jual Aiskrim
Berniaga aiskrim ni memang lumayan. Jika dilakukan ketika musim panas, nescaya jualan akan berlipat kali ganda. Aiskrim ni semua peringkat umur mengemarinya. Kanak-kanak, tak payah cakaplah..memang tak sah kalau tak makan aiskrim ni.


Lokasi menjual kebiasaanya di luar sekolah, tepi jalan, dan pasar. Jika rezeki lebih, tempahan untuk majlis hari lahir, majlis tunang atau majlis perkahwinan juga mendapat permintaan.

#3 – Perniagaan Jual Burger
Seringkali kita lihat, ramai yang membuka gerai burger dikawasan-kawasan perumahan. Ini bermakna, bisnes ini sentiasa mendapat permintaan ramai.

 

Dengan modal yang rendah, anda sudah boleh buka gerai burger dan buatlah resepi burger yang menarik, unik dan sedap untuk lariskan perniagaan anda. 

#4 – Perniagaan Bakeri
Tidak semestinya nak berniaga bakeri anda terus terfikir nak buka kedai bakeri. Anda boleh bermula berniaga hanya dari rumah.

 

Jual secara online, terima tempahan dan hantar kepada pelanggan anda secara COD. Tak susah nak mula ni, baca panduan bisnes bakeri ini .

#5 – Perniagaan Fotografi/Jurugambar
Jadikan minat dan hobi anda mengambil gambar sebagai perniagaan. Permintaan untuk mengambil gambar kenangan untuk majlis konvokesyen, hari lahir, pertunangan, perkahwinan atau majlis tertentu sentiasa ada.

 

Kemahiran untuk edit mengedit pula anda boleh dapatkan melalui latihan/kursus tambahan. Mulakan dengan membeli kamera yang mampu milik terlebih dahulu. Jika sudah ada modal, anda boleh kembangkan perniagaan fotografi anda tersebut.

#6 – Perniagaan Jual Tudung
Berniaga tudung biasanya boleh dilakukan secara dropship atau menjadi agen jualan sesuatu produk tudung itu.

 

Wanita muslimah yang gemar berniaga mungkin boleh mencari tudung laku keras untuk dijual secara online mahupun offline. Pelajar juga boleh lakukan bisnes ini, anda yang sedang duduk rumah tu tak nak mencuba? Panduan jual tudung ada dikongsikan disini – Rahsia Bisnes Tudung

#7 – Perniagaan Homestay
Jika anda memiliki rumah lebih dari satu mungkin boleh jadikan rumah tersebut sebagai Homestay. Lokasi strategik, hampir dengan tempat menarik (pelancongan) dan tip menghias homestay memang amatlah penting.

 

Maka, tak rugi jika anda cedok ilmu seorang Jutawan Homestay ini untuk dijadikan inspirasi dan panduan memulakan bisnes homestay.

#8 – Perniagaan Dropship
Berniaga tanpa produk sendiri, berniaga tanpa produk fizikal didalam stok. Inilah perniagaan jenis dropship. Anda jual produk orang lain, manakala urusan pembungkusan dan penghantaran barang dilakukan pemilik produk tersebut. Mudah kan?

Lebih menguntungkan jika anda tahu dimana perlu memborong barangan murah dari luar negara dan jual di negara kita dengan harga yang mengikut pasaran Malaysia. Untung untuk sesebuah produk dianggarkan 10% hingga 30%.

 

Nak panduan memborong dari China? baca panduan Rahsia Borong Taobao ini.

#9 – Perniagaan Jual Baju Bundle
Jual bundle ni senang je jika tahu supplier baju bundle yang ada. Selalunya, harga ditetapkan mengikut berat bungkusan pakaian mengikut kategori baju. Dianggarkan keuntungan untuk seguni dalam 10% hingga 40%, bergantung kepada kuantiti dan kualiti baju yang boleh dijual.

Untuk contoh harga seguni, boleh rujuk sini - List Harga Bale Bundle

Jika berminat bisnes baju bundle, baca panduan memulakan bisnes ini disini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang mahu memulakan bisnes sendiri. Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat lain.


Artikel Terkait

Nak Mula Bisnes? Ini 9 Senarai Ebook Panduan Berguna Untuk Pemula
4/ 5
Oleh

Subscribe Artikel

Suka dengan artikel di atas? Sila langgan terus ke email anda