-->

20 Perniagaan Boleh Mula Dengan Modal Kurang RM3000

- October 08, 2018
20 Perniagaan Boleh Mula Dengan Modal Kurang RM3000. Ramai orang menyangka, jika seseorang mahu memulakan perniagaan, dia haruslah memunyai sebuah kedai, produk, pekerja dan pengangkutan. Akhirnya, modal yang disangkakan tinggi itu boleh mencecah hingga 6 angka untuk memulakan perniagaan. Jika nak buat bisnes Francais, mungkin iya tetapi ada banyak bisnes yang boleh dimulakan dengan modal tak sampai RM3000.

Inilah hakikat perniagaan. Tiada satu pun perniagaan yang bermula semalam selesai proses daftar SSM, hari ini syarikatnya sudah standing syarikat gergasi seperti Apple, Samsung, Facebook ataupun Microsoft. Sebenarnya, mereka juga bermula daripada menjadikan garaj dan hostel sebagai permulaan operasi.

20 Perniagaan Boleh Mula Dengan Modal Kurang RM3000
Sumber gambar: Hasrozi

Modal bukanlah penghalang utama untuk memulakan sesuatu perniagaan. Disini kami akan cuba kongsikan kepada anda 20 cara mulakan perniagaan dengan modal tidak melebihi RM3000. Antaranya adalah:


#1 – Bisnes Air Balang

Bisnes air balang boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa dihujung minggu. Dengan bermodalkan lebih kurang RM1000, anda sudah boleh menyediakan kelengkapan peralatan untuk memulakan bisnes air balang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang – Klik Sini


#2 – Bisnes Aiskrim

Bisnes jual aiskrim juga memerlukan modal tetapi tidak semestinya perlu membeli mesin aiskrim dipermulaan bisnes. Anda boleh jual aiskrim goyang yang mesin boleh dibeli serendah RM600 sahaja. Manakala, aiskrim colek hanya memakan modal serendah RM1000 sahaja termasuk peralatan tong, dan peralatan lain. Jika nak tau lebih lanjut tentang bisnes aiskrim – Klik Sini


#3 – Bisnes Dropship

Bisnes dropship ini selalunya percuma. Anda hanya perlu mencari pelanggan untuk membeli produk orang lain, anda beli dengan supplier dan produk tersebut dihantar oleh supplier kepada pelanggan anda. Misalnya..

Anda nak jual produk baju kanak-kanak secara dropship!

Harga Barang Droship – RM10 + RM7 (shipping) = RM17
Harga Jualan Anda – RM15 + RM7 (shipping) = RM23
Keuntungan Anda – RM23-RM17 = RM5
Jika anda jual 50 barang sehari, RM5 X 50 = RM250
Maka, RM250 X 30 hari = RM7500! (Profit)

Platform jualan adalah Facebook, Instagram, Wechat, Lazada, Lelong dan paling popular sekarang ini adalah menjual di Shopee. Nak dapatkan tip menjual di Shopee sehingga 6 angka sebulan? – Klik Sini


#4 – Bisnes Burger

Menjual burger tidak semestinya mempunyai pondok atau kedai untuk menjual. Cukup dengan tong gas, tempat membakar, dan tempat menyimpan bahan-bahan. Untuk meja jualan, anda boleh buat sendiri atau beli saja dengan harga tak sampai seribu. Jika nak tambah canopy, bajet mungkin tinggi sedikit. Dapatkan panduan memulakan bisnes burger disini 


#5 – Bisnes Jual Baju Bundle

Jika kita lihat, banyak peniaga pakaian bundle yang berniaga di pasar malam dan ditepi-tepi jalan. Dianggarkan sebundle pakaian yang diborong adalah RM400 hingga RM1500 bergantung kepada gred pakaian tersebut. Anda hanya perlu rajin dan pandai menarik pelanggan dengan tawaran harga yang berpatutan. - [ Ebook Bisnes Bundle ]


#6 – Bisnes Fotogafi/Jurugambar

Bisnes fotografi ini bermula dari hobi! Minat mengambil gambar dan mengedit gambar boleh menjana pendapatan yang agak lumayan. Pada permulaan, anda boleh beli kamera DSLR yang mampu milik, kamera Nikon ada yang berharga RM1800 saja. Jika anda tawarkan harga fotografi dengan RM900 saja, maka 2 kali saja anda diupah mengambil gambar sudah dapat kembali modal tu. Panduan bisnes fotografi ini mungkin membantu anda 


#7 – Bisnes Pendandan Rambut & Artis Solek (MUA)

Berapa kos kursus untuk Make-Up Artis? RM1000? Mungkin tak sampai..alat untuk solekan pun mungkin lebih murah. Bisnes ini boleh dilakukan secara part-time. Upah mendandan rambut dan solekan bergantung kepada permintaan dan keperluan pelanggan. 


#8 – Bisnes Bakeri

Bisnes bakeri pun boleh dilakukan dari rumah. Tidak semestinya anda kena buka kedai bakeri untuk mula bisnes ini. Dicadangkan, anda bermula bisnes dari rumah dahulu. Jika dah ada pelanggan tetap dan network yang kuat bolehlah anda buka kedai nanti. Panduan bisnes bakeri dari rumah ini akan membantu anda.


#9 – Bisnes Sebagai Agen Insurans/Takaful

Semua orang mempunyai kereta, motosikal, rumah dan keluarga. Yang wajibnya insurans kenderaan dan yang menariknya insurans nyawa dan medical kad. Untuk menjadi agen insurans atau takaful yang diiktiraf, anda perlu menghadiri kursus kompetensi daripada takaful. Bayaran untuk kursus ini adalah RM150 belum termasuk bayaran peperiksaan.


#10 – Bisnes Sebagai Emcee

Jika anda mahir mengacarakan majlis, gunakan kemahiran itu untuk menjana pendapatan sampingan. Ramai orang yang mengadakan majlis, tetapi bukan semua orang mahir berkata-kata. Kadar upah untuk mengacarakan majlis atau emcee majlis adalah dianggarkan RM300 hingga RM800. Anda hanya perlu buat bisnes kad atau facebook fan page untuk promosikan diri anda.

Nota: Jika anda memerlukan Emcee untuk majlis di sekitar kuala lumpur, boleh hubungi Blogger  Irda Garmin 


#11- Bisnes Menjahit

Setiap kali perayaan hampir tiba, maka baju baru akan mula ditempah dengan berpusu-pusu oleh orang ramai. Jika anda mempunyai skil dalam menjahit, gunakan ia untuk menjana pendapatan. Samada anda menjahit secara tetap atau sambilan, kedua-duanya mampu menjana hasil yang lumayan.


#12 – Bisnes Pasar Hujung Minggu

Orang suka menghabiskan hujung minggu mencari barangan murah, barangan keperluan atau barangan koleksi hobi. Pastikan anda sentiasa mempunyai kelainan, stok yang cukup dan baru untuk memuaskan hati pelanggan anda.


#13- Bisnes Sebagai Penulis Pemasaran (Copywritter)

Jika anda boleh menulis dan membuat orang teruja untuk membeli apa sahaja dengan bakat penulisan anda, anda boleh membuat banyak wang dalam bidang perniagaan ini. Anda boleh menulis untuk risalah, katalog, iklan dan sudah tentu untuk pemasaran di web. Yang bagusnya, kerja ini anda boleh buat dari rumah.


#14 – Bisnes Sebagai Membaiki Komputer

Anda boleh mengkaji jenis perisian utama yang pengguna mahu seperti pemprosesan perkataan, perisian manipulasi foto, spreadsheet, reka bentuk dan terutamanya perisian keselamatan. Pastikan anda berpengetahuan dan sentiasa memberi servis mengikut keperluan dan perkembangan teknologi semasa. Anda perlu benar-benar biasa dengan semua ISP (pembekal perkhidmatan Internet) yang terdapat di pasaran dan mengiklankan diri anda sebagai seorang pakar komputer yang boleh memenuhi keperluan pengguna komputer peribadi, perniagaan kecil atau perbadanan yang besar.


#15- Bisnes Sebagai Pereka Grafik

Pengalaman serta latihan rekaan grafik mungkin diperlukan bagi pekerjaan ini. Jika anda seorang yang mempunyai minat yang tinggi terhadap rekaan grafik, ini mungkin peluang untuk anda tukarkan minat ini kepada bentuk pendapatan sampingan. Dengan wujudnya syarikatsyarikat baru hampir setiap hari, anda mungkin berpeluang untuk memberi perkhidmatan dari segi rekaan flyer, letterhead, sampul surat, poster, majalah dan lain-lain lagi kepada syarikat ini. Website dan pengiklanan secara online juga memerlukan kepakaran pereka grafik. Rekaan grafik mempunyai permintaan yang tinggi serta ia berpotensi besar untuk memberi pendapatan lumayan secara berterusan.


#16 – Bisnes Sebagai Website Developer

Banyak kursus laman web wujud di mana anda boleh belajar bagaimana untuk menubuhkan sistem cart membeli-belah, masalah keselamatan online dan lain-lain. Apa yang anda perlu tahu ialah suasana reka bentuk laman web yang sesuai untuk setiap syarikat iaitu imej yang perlu dicerminkan, adakah ia kontemporari atau ceria, bermakna warna-warna cerah dan grafik menyeronokkan? Atau warna lebih klasik seperti hitam, biru tua dan merah-ungu lebih sesuai?


#17 -  Bisnes Perkhidmatan Hamper Hadiah/Cenderahati

Mencari niche adalah cara terbaik untuk bermula dalam perniagaan hamper hadiah. Bakul hadiah dan hamper adalah satu perniagaan yang laris jika anda pandai memasarkan servis anda terutamanya pada hari-hari istimewa dan perayaan. Bisnes ini boleh juga dibuat untuk perkahwinan, hari jadi dan majlis makan tahunan syarikat.


#18 – Bisnes Perkhidmatan Mengangkut Barang

Ramai orang ingin mengupah seseorang untuk melakukan kerja-kerja mengangkat barangan berat untuk mereka. Anda boleh membantu dengan mengambil beberapa pekerja sambilan dan menyewa lori untuk kerja-kerja pemindahan barangan.


#19 – Bisnes Ebook (Buku Digital)

Zaman canggih sekarang ni, semua pun boleh dibaca dan diperolehi hanya di hujung jari. Sama juga dengan buku, buku yang memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan kini boleh digantikan dengan buku digital (Ebook). Ianya buku yang dicetak dalam bentuk PDF yang boleh disimpan didalam memori Smartphone. Buku tersebut boleh dijual secara atas talian dan jika pelanggan beli, anda perlu emailkan Ebook tersebut. Modal? Gunakan perisian percuma pun boleh!


#20 – Bisnes Servis Kereta Bergerak

Bila-bila masa saja kenderaan kita akan breakdown, orang yang akan dicari adalah mekanik. Mekanik bergerak sangat diperlukan dimana-mana pun lokasi dimana bengkel kereta sukar didapati. Gunakan kemahiran membaiki kenderaan anda untuk menjana pendapatan sampingan. Caj biasanya RM60 dan belum termasuk spare part yang anda sediakan. Promosi perkhidmatan anda melalui Facebook, Bisnes Kad atau Banner.

Semoga dengan perkongsian 20 Perniagaan Boleh Mula Dengan Modal Kurang RM3000 ini membantu anda membuat keputusan untuk memulakan bisnes nanti.

Salam Sukses!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search