-->

Cara Menjadi Agen Insurans Takaful

- October 15, 2018
Bagaimana Menjadi Agen Insurans Takaful Kenderaan (Kereta/Motosikal)? Memang tidak boleh disangkal lagi, pekerjaan sebagai agen takaful bukan suatu pekerjaan yang diidam-idamkan semua orang. Ramai rakan-rakan yang ‘takutkan’ agen insurans ni ! sebab selalu sangat promote insurans kot sebab tu lah kawan rimas haha..

Tapi kalua tanya agen takaful samada diorang sukakan pekerjaan mereka ini, mereka akan katakana YA! Sebab menjadi agen insurans takaful boleh buat dari rumah, kafe atau dimana saja ikut kehendak anda. Kemahiran bercakap dengan orang supaya lebih yakin bukan saja boleh ditingkatkan malah anda bekerja dalam perjalanan hidup anda. Itulah seronoknya menjadi seorang agen insurans takaful.

Susah ke nak jadi agen insurans takaful ni?

Cara Menjadi Agen Insurans Takaful

Jika anda berminat menceburi bidang insurans, ada lebih baiknya anda ikuti langkah-langkah dan fahami syarat membolehkan anda layak menjadi wakil insurans atau agen insurans takaful.


Syarat Kelayakan Menjadi Agen Insurans Takaful

  1. Minima kelulusan Sijil atau Diploma/SPM
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Lulus PCE (Insurans)


Langkah 1 : Ambil Exam Takaful (TBE)

Sebelum memulakan karier sebagai agen insurans takaful, anda haruslah lulus dulu ujian didalam Takaful Basic Examination. Anda boleh membuat bayaran terus dan pilih tarikh dan lokasi untuk exam. Bahan bacaan boleh di download setelah membuat pembayaran. Keputusan lulus sahaja sudah cukup memadai

Klik link ini untuk berdaftar dan mengambil ujian Takaful Basic Examination >> IBFIM << 


Langkah 2 : Sediakan Dokumen Peribadi

Apabila anda sudah lulus, anda harus menyediakan dokumen ini :-
  1. Gambar kad pengenalan berwarna depan dan belakang, 
  2. Sijil tertinggi (Min SPM), 
  3. Salinan muka depan akan bank / online statement yang tertera nama dan no akaun anda.
  4. Gambar bersaiz passport berlatar belakang putih, 
  5. Keputusan Ujian Takaful Basic Examination (TBE) 

Yuran Peperiksaan TBE

Examination Type Exam Fee (Inclusive of E-Book and Certificate)

Part A and B RM 80.00
Part A and C RM 80.00
Part B Only RM 75.00
Part C Only RM 75.00

Langkah 3 :  Hubungi Eksekutif Pembangunan Perniagaan Insurans/Takaful pilihan

  1. Etiqa General Takaful Berhad 
  2. Etiqa General Insurance Berhad 
  3. Takaful IKHLAS Berhad 
  4. Liberty Insurance Berhad  
  5. Kurnia / AmGeneral Insurance Berhad 
  6. Zurich Takaful Berhad  
  7. Syarikat Takaful Malaysia  
  8. Allianz Malaysia Berhad 


Kami dimaklumkan terdapat dokumen sokongan lain yang akan diminta oleh syarikat Insurans Takaful ini. Jika ada, hubungi mana-mana agen insurans takaful yang terdekat dan bertanyakan berkaitan pendafaran sebagai agen ini. 

Sekian, semoga membantu!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search